Dia berdiri dikawasan yang sangat lapang dipenuhi dengan
pohon yang menghijau, ada beberapa pasang anak arnab berbulu putih bermain di
kawasan berhampiran. Dia melangkah perlahan-lahan untuk mendekati anak arnab itu
dia takut anak arnab itu akan terperanjat akan kehadirannya di situ. Dalam
beberapa tapak dia melangkah, entah bagaimana dia terpijak kain kembang yang
dipakainya lalu dia terjatuh dihadapan anak-anak arnab tersebut. Bertempiaran
anak-anak arnab itu lari menyelamatkan diri mungkin arnab-arnab itu terkejut
tetiba saja ada ‘nagka busuk’ jatuh dihadapan mereka. Dia bangun lalu
membetulkan kedudukan kain kembangnya yang hampir menampakkan betisnya yang
putih bersih.(bersihlah sangat)..tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang, lalu dia
menoleh. Dia melihat ada seorang Putera yang sangat kacak menegurnya sambil
tersenyum manis. Tiba-tiba senyuman itu mati dari wajah Putera itu dan muncul
satu senyuman yang amat menakutkan wajah Putera itu jugak bertukar menjadi
sangat hodoh seperti muka ‘Shrek’. Lalu dia berlari dan terus
berlari sehingga tidak perasan ada satu lubang kecil dihadapannya..dia masih
berlari sehingga betul-betul dekat dengan lubang tersebut dan…
“Aduh!!! sakitnya.” dia mengaduh sakit apabila terasa
kepalanya seperti di ketuk-ketuk oleh satu benda yang keras, dia terus mengangkat
kepalanya dan mengusap kepala yang sengal kena ketuk dengan buku kulit tebal. ‘Agak
melampau orang ni main ketuk-ketuk kepala ada yang nak kena tomoi ni.’ sempat
lagi dia mengomel dalam hati.
“Ehem-ehem.. ini kerja awak selama ni ye?tidur di dalam kelas
pada waktu saya mengajar?” Soal si pemukul tadi iaitu Encik Rahim, Guru Subjek Sains
Mya.
“Err..maafkan saya Shrek, saya tak perasan yang saya
tertidur.” Jawabnya dengan tangan mengangkat sembah dan mata memandang keadaan
sekeliling kelas yang masih tidak berkedip mata memandangnya dia memberi
isyarat ‘kenapa’ kepada teman yang lain. Tapi tiada respon. Hampa!
“Apa awak panggil saya?? Shrek!!“ Gurunya bertempik.
Dia sekadar menunjukkan peace kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakannya
sekadar mentertawakan dirinya.
‘ah peduli apa aku, janji aku dah puas tidur’ sahutnya
didalam hati. Terus dia menumpukan pelajarannya untuk hari ini, tak mungkin dia
akan tidur selepas apa yang jadi. Dan dia juga masih tidak perasan akan
keterlanjuran katanya tadi dengan memanggil gurunya ‘Shrek’ memang tak
patut betul budak ni.
“Eh Mya, macam mana hang boleh lena(tidur) dalam
kelas Cikgu Halim tadi?” Soal Zana semasa mereka bertiga berada di dalam tandas
ketika sudah tamat waktu persekolahan. Sempat singgah ke tandas lagi.
“Ntah la, aku pun tak sedar yang aku tidur waktu tu.
Sedar-sedar je ‘Shrek’ dah ada depan mata aku.” Mya menjawab soalan dari
temannya.
“Apa la hang ni, sebaikla Cikgu hempuk hang
dengan buku nipis, kalau yang tebal aku tak taula, mau hang bodoh 100
hari” sambung temannya sambil ketawa terbahak-bahak, memang mereka tak tahan
melihat rakan mereka seorang tu. Dapat tidur memang tak ingat dunia kemudian
dengan selamba je mengata guru mereka. Kalau letak bom dekat sebelah belum
tentu terjaga tahu-tahu dah di kebumikan je.
“Sakit jugak weh kena hempuk tadi. Tapi, ah lantak
lah!! asalkan time tu aku memang puas tahu. hangpa nak tau dak
aku mimpi apa tadi? aku mimpi Putera Raja.” Katanya sambil mengambil sepit dan
mengepit lubang hidungnya ada taik hidung melekat pada bulu hidung dia.
Pengotor betul Mya ni. Rakan-rakannya sekadar mengeleng melihat tabiat Mya yang
tak berubah. Bila agaknya minah ni nak berubah buat benda kotor ni.
“Putera mana pulak la yang hang mimpi ni Mya?”
soal Diana.
“Ntah la. hang tau? masa aku tengok muka punya la
hensem, lepas tu tukaq jadi huduh macam muka Cikgu Halim.” Cerita
Mya sambil ketawa dengan kuat.
“Ish hang ni gelak tu slow-slow la sikit, dengaq
kat pelajar lain masak hang. Tapi betul ke macam Cikgu Halim??mesti lawakkan
muka dia.” gelak Diana dan Zana sambil terbayang wajah guru Sains mereka.
Dengan perut memboyot macam orang mengandung 9 bulan, misai tebal, pendek pulak
tu.. memang huduh la. Memang sesuai Mya panggil ‘Shrek’, Mereka
ketawa berdekah-dekah pelajar lain yang masuk sekadar mengeleng-gelengkan
kepala. Siapa tidak kenal dengan sikap pelajar 3 orang ini, yang selalu bawa
banyak masalah pada sekolah tapi pelajaran mereka tidak pernah merosot. Itu
yang pelajar lain hairan dan musykil.
“Okay girl,
aku nak balik dulu. See yours tomorrow bye girl” Mya menamatkan sesi
persekolahannya untuk hari ini, dia turun dari tempat singki dan membetulkan
letak baju kurung sekolahnya dengan betul. Dan dia bersalam dan melaga pipi
bersama teman baiknya Diana dan Zana.
p.s : 1st nk menulis novel. komenlah kalau ada yang salah atau tidak sesuai ye :)
*********************************************************************************
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 2~
“Waalaikumusalam, yes! bercakap.” Ilham menjawab panggilannya sambil mata menumpukan pada pemanduannya. Jangan salah faham ye. Dia menggunakan handfree senang nak jawab sebarang panggilan.
“What!! macam mana boleh jadi macam ni?okay nanti saya akan ke pejabat terus.” Jawab Ilham, masih terkejut dengan berita yang diberitahu oleh setiausahanya.
“Ish tak boleh harap langsung!!” keluhnya sendiri kepada pekerja-pekerjanya. Mohd Zarif Ilham Bin Tan Sri Mahfuz berumur 25 tahun, dalam usia yang muda sudah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Syarikat Induk milik bapanya Tan Sri Mahfuz. Setelah bertungkus lumus untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perniagaan di UK. Bukan Ulu Klang ye tapi United Kingdom. Akhirnya dia kembali untuk meneruskan empayar syarikat perniagaan yang dibina oleh ayahnya di Malaysia . Ketampanannya amat terserlah dengan adanya lesung pipit di pipi lagi menyerlahkan dirinya. tapi dia tidak pernah bermengah dengan apa yang dia ada. Tidak sesetengah anak orang kaya yang sombong dan berbangga dengan harta ‘makbapak’ mereka. Untungla siapa yang dapat bersuamikan orang macam Ilham ni.
Dalam perjalanan ke pejabatnya dia bertembung dengan seorang gadis yang kebetulan melintas dihadapan kereta Audi A4 miliknya. Tapi, dia buat tak tahu sahaja sehingga gadis itu tiba-tiba menendang satu tin minuman kearah keretanya, bercalar juga agaknya kereta kesayangan miliknya.
“Hoi!!” jerit ilham dengan lantang.
“Hoi!..alamak!! dia marah la” Mya berkata pantas melarikan diri dengan selaju yang boleh. Dia memang sengaja berbuat begitu kerana cemburu pada kereta yang dia juga meminati tapi tidak kesampaian untuk mendapatkannya dengan itu dia geram lalu menendang tin minuman itu kearah kenderaan tersebut. Pelik-pelik aje peragai Mya ini..
“Hah! sini pun kau!!.” Ilham sergah gadis yang merosakkan kenderaannya tadi sambil tersenyum sinis. ‘memang nak mati gadis ni, suka hati kaki dia je nak rosakkan kereta aku.’ Dia bermonolog dalam hati.
“Alatok!!!..” Jerit Mya dia dah terperangkap sendiri. ‘itulah gatai lagi hang nak rosakkan kereta orang, sekarang hang tanggunglah azab sendiri’ sempat lagi dia marahkan diri sendiri.
“Kenapa kau rosakkan kereta aku hah! apa salah kereta aku kat kau?” Soal Ilham dengan nada geram. Mahu tak geram kereta kesayangannya diapa-apakan oleh gadis kecik ni. Memang hangin la dia.
“Er..er..err..sa…ya ..aaaaaa” Hah! hambik hang tergagap terus nak menjawab. Padan dengan muka hang Mya.
“Saya apa!!” Soal Ilham lagi sambil menjengilkan matanya yang sememangnya kecik dan sepet itu. ‘gagap terus kau budak, padan muka kau’.
“Maaf bang, saya sengaja tadi.” ‘Adoi kenapa mulut ni pergi cakap sengaja. Dahla muka abang ni macam nak makan aku je..adoi mulut-mulut.’ Tapi hensem iras Edward Cullen.
“Apa!!!?” jerit Ilham lantang.. ‘ish mamat ni suka menjerit agaknya’ Mya monolog sendiri.
“Ish abang ni.. jangan lah menjerit kat sini nanti orang fikir saya nak rogol abang pulak. Saya memang sengaja rosakkan kereta abang ni.” Dengan selamba Mya berkata sambil duduk bertingung. Hilang sudah takutnya tadi. Terkedu sekejap ... Ilham dengan jawapan budak di hadapannya kini.
“Ulang balik apa yang kau kata tadi budak?” Suruh Ilham. ‘aku salah dengar ke apa tadi’ soalnya sendiri sambil mengorek telinganya dengan menggunakan jari kelingking.
“Abang ni pekak ke?muda-muda dah pekak sayang gila. Saya cakap tadi jangan jerit nanti orang fikir saya nak rogol abang. R.O.G.O.L it’s mean rogol. Faham?dan lagi satu saya memang sengaja nak lukakan kereta abang tu” Jawab Mya sambil menunding jari kearah kereta Ilham yang ada bersebelahan dengannya. Dengan selamba dia menyambung..
“Sebab saya cemburu la bang, kereta ni memang saya suka sangat-sangat. Jadi di sebabkan saya tak boleh dapat kereta ni, saya rosakkan lah. Abang marah ke?” Soal Mya kembali memandang muka Ilham yang memang sudah merah menahan marah.
“Heeee budak ni, ada jugak orang hilang anak ni karang” Ilham sudah ilang sabar. Boleh budak tu membebel macam mak nenek. Dahlah sakitkan hati aku. Ya Allah kenapa la malang betul nasib aku hari ini.
“Nih sekarang siapa nak ganti kereta aku yang dah rosak tu?’ Soal Ilham.
“Entah!! saya sekolah lagi la bang..alah abang ni itu pun berkira ke?bukan mahal pun, tengok gaya abang ni macam anak orang kaya aje.” Mya masih lagi selamba memberi jawapan sambil usha(memandang) Ilham atas bawah. ‘Hensem jugak abang depan aku ni.nak buat suami boleh?’ gatainya hang Mya. Tergeleng-geleng kepala aku.
“Ya Allah, sabarkan hati aku. Kenapa la aku jumpa budak perempuan yang tak betul otak sangat ni?” Ilham berdoa sambil menandah tangganya. Mya sekadar ketawa melihat ilham.
“Abang!!..” Mya memanggil Ilham. ‘eh tak dengar pulak abang ni dah pekak ke?’
“Aaaabanggggg!!!!” panggil aku lagi sekuat yang boleh.
“Oh!! mak kau!!! Apa!!” Llham terkejut siap melatah lagi dan terus terjerit. aiyark…ilang kemachoan aku kalau selalu macam gini.
“Err abang ni hensem la, tapi suka melatah eh?haha.” Sakat Mya. Sambil tergelak-gelak dia bangun dari bertingung dan berlari meninggalkan Ilham seorang diri. Terkedu Ilham kat situ. ‘Nakalnya budak ni’ desis hatinya. Tersenyum Ilham dibuatnya.. Ilham terus berlari melihat kenderaannya sebaik calar sikit aje. Kalau banyak tadi memang aku jual jugak budak comel tu. ‘Ish kau ni Ilham dari kau jual baik kau buat bini kan bagus atau dia ada kakak ke boleh jadi adik ipar aku.. gatai kau Ilham’
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 3~
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 3~
“Assalamualaikum.. babah, umi, Mya dah balik sekolah ni” mana
la pergi diorang ni.
“waalaikumusalam. Hah balik dah budak kecik ni.” sahut babah
yang sedang membaca surat khabar di meja kopi, yang ni En. Mahadi bapa kepada Mya
Nurkaseh dan Umi Mya bernama Maisarah Nasuha, orangnya sangat lembut dan sopan
santun sebab itu la En. Mahadi terpikat pada Maisarah.
“umi mana bah?” soal Mya.
“Ada kat dapur tu, tengah masak agaknya. Lambat kamu balik?ada
kelas tambahan ke?” soal En. Mahadi pada anak gadis bongsunya. Dia mempunyai empat
orang anak. dua lelaki dan dua perempuan. Anak pertama sudah berusia 30 tahun
dan sudah berkahwin. Yang kedua pula berumur 25 tahun masih bujang belum diseru
jodoh katanya bila di tanya soal kahwin oleh orang tuanya. Sesiapa yang nak isi
borang boleh ambil di kaunter zakat ye. Yang ke tiga pulak baru berusia 23
tahun baru tamat belajar di UK ,
sekarang berkerja di Kuala Lumpur .
“a’ah ada kelas tambahan tadi bah, SPM dah nak dekat, takpe
la babah, Mya naik atas dulu nak mandi dah masam ni.hehe” aku terus naik ke
atas menuju ke bilik sebelum
babahnya meneruskan soalan padanya. Geleng saja kepala En. Mahadi dengan
tingkah anak gadisnya yang seorang ni.
“Mya!! Mya!!” jerit Puan maisarah dari tingkat bawah rumah.
Aik ini ke dikata sopan, lemah lembut tadi ni, umi-umi. macam nak runtuh rumah
dengar volume umi tahan aje la.
“ye saya umi, datang ni” sahut aku cepat kalau lambat mahu
telinga ni mendapat tazkirah percuma oleh umi.
“kamu buat apa berkurung kat atas tu? Mari turun makan.”
Jerit uminya lagi.
“Mya baru lepas mandi la umi, mana ada berkurung. Umi masak
apa hari ni??” aku menjeguk kepala ke ruang dapur setelah umi aku seru. Umi aku
ni kalau aku tak membantu memang suka menjerit macam ni la, astagfirullah kutuk
umi je aku ni..ampun umi..
“umi masak tempoyak, kamu suka kan tempoyak?” Soal umi dengan
kening dijongkitkan sebelah. Cayalah umi macam ziana zain tu.
“yerk umi, maaf ye anak umi yang comel lagi cun ni tak makan
tempoyak. merajuk la dengan umi.” Aku dah tarik muka empat belas, umi ni macam
tak tahu je yang aku tak makan menda-menda ni. Umi aku tengok dah gelak
kuat. Ish cakap sopan ni gelak macam langsuir je.
“umi tak baik tau gelak kat anak umi ni. Dah macam mak lampir
je umi ketawa macam tu.” Aku dengan selamba cakap macam tu kat umi. Terus umi
tutup mulut dengan tapak tangan kanannya. Tau takut.
“ pandai la kamu tu, dah cepat bawak makanan ni pergi
depan. Hidang kat atas meja sana
macam biasa. Nanti babah kamu tu bising pula” Suruh umi pada ku.
“ menurut perintah permaisuri” aku menjawab selamba. Umi
hanya geleng kepala.
“hah dah siap ke makanan semua?babah dah lapaq ni” kus
semangat tetiba je muncul babah ni kat sebelah aku. Nasibla tak tumpah lauk yang
umi bagi tadi ni. Kenalah aku ni jenis melatah sah-sahlah gulai kepala ikan
tenggiri ni mendarat baik punya atas kepala babah.
“dah siap ni bah, tunggu umi bawak pencuci mulut sat”
jawabku sambil mencapai air minuman. Ahhh leganya ais ni dah masuk dalam tekak.
Sedap!
“umi lambat lagi ke bawak pencucinya?saya dah lapaq
ni cek oii?” jerit babah. Aiyark semua orang nak jadi tarzan ke?
terjerit-jerit dari tadi. Aku yang tengah minum ni sampaikan tersedak jadinya.
Babah mengusap belakang aku huh perit seh
“satla cik abang sayang oii, nak siap dah berghedan(sabar)
sikit aih” tu dia keluar dah ayat kedah kaw-kaw punya dari umi,
padan muka babah. Aku gelakkan je.
“bah, sabtu ni kat sekolah ada anjurkan seminar. Jadi mya nak
mintak izin bah gan umi, izinkan Mya join seminar tu ye?” soalku setelah
keadaan dah reda dengan perdebatan dari umi dan babah.
“seminar? dekat mana sekolah buat? Berapa hari?ramai tak yang
join?berapa orang cikgu yang pergi?bercampur laki perempuan atau perempuan
semua?”soal umi. Fuh!! macam machine gun, laju punya soalan.
“ermm dekat atas Bukit Larut je umi, dua hari satu malam.
Pihak sekolah dah sediakan semua, jadi kami just bawak diri dan
barang-barang keperluan kami je. Sebelum exam ni kami semua ada buat
seminar dulu untuk motivasi diri sendiri. Dan bercampur dalam 40 orang pelajar
terpilih, guru pulak adalah dalam 10 orang 5 guru lelaki 5 guru wanita”
Terangku panjang lebar, bukan apa senang nak bagi umi dan babah aku ni faham
keadaan sebenar. Nanti tak ada la duk tanya yang menghapu-ghapu(merepek).
“yelah babah izinkan, tapi ingat jaga diri. Berkumpul dalam
kumpulan kalau ada apa-apa berlaku mesti cepat-cepat bagitau cikgu
bertugas.” Yes!! Dah dapat kebenaran. Hari ni dah Khamis tinggal esok je untuk
aku berkemas-kemas mana yang patut.
p.s : sori tungang langang malas nak edit :D
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 4~
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 4~
Tiba hari yang dinanti, aku punyala excited nak naik
Bukit Larut pelajar lain berkumpul pukul 7 pagi dekat kaki bukit, aku dah
tunggu awal lagi dari pukul 6.00 pagi nasibla aku cuti kalau tidak jenuh la nak
cari kat mana nak sembahyang subuh. Tapi time macam ni memang dah ramai
orang nak berjogging mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, semua dah stanby
nak naik Bukit.
“weh Mya, awal hang sampai?” soal salah sorang pelajar
yang join aktiviti hari ini, namanya adalah Sofia, dia ni gedik sikit
sebab suka duk bergosip hal lelaki hensem je, tapi sayang lelaki pun tak
berminat dekat dia. Rupa ada, gedik je lebih ingat lawa sangat la tu. ‘Ya allah
aku mengutuk sofia
ke ni?insaf-insaf’
“ biasalah excited ni weh, berapa lama aku tak naik
tempat ni. So sebab tu aku mai(datang) awal.” Jawabku acuh tak
acuh. Padahal memang malas nak berborak dengan dia, tengok aje la cara padangan
dia kat kumpulan lelaki dari mana ntah duk berkumpul bukan main lagi dia
punya mengeletis(mengedik). Aku tengok pun meluat(menyampah).
“weh sofia, tu mamat tu usha hang baik punya. Tunggu
apa lagi pi la ayat kot-kot depa mau kat hang. lepas ni
bolehla aku merasa nasik
minyak hang.” Aku mula menyakat. Sebab memang aku perasan sorang
mamat memang duk usha tempat aku duduk sekarang ni. Yela jam baru pukul
6.30 pagi baru ada berapa orang pelajar je sepatutnya berkumpul pada pukul 7 pagi.
“weh zana, hang duk monyok je pasai apa?
Laki tak bagi join ini seminar ke?” soalku pada teman rapat aku
sorang ni. Dari tadi aku tengok muka dia monyok. Sembelit ke?
“ banyaklah hang punya laki, tak dak la
aku tengah tahan sakit perut tetiba je ni.” Jawab zana. Oh nak melabur
saham cakaplah awal-awal kan senang aku boleh bawak.
“lah awat tak hang habaq? Jom aku
bawak hang pi toilet kat atas
nun sempat lagi ni, japgi berkumpul pun kat atas jugak kan . Jom-jom” ajakku
kesian sungguh tengok muka si zana ni. Berkerut-kerut dah macam muka nenek tua.
“eh mya nak pi mana?” soal si gedik, sapa lagi si sofia la.
“pi tandas sat, ada orang sakit nak beranak. Awat?
Nak ikut?” soalku pula. Aku tayang sengih je kat zana. ‘Putih tak zana
gigi aku?’
“ada cakap aku nak beranak, aku sepak japgi baru hang
tau” marah zana padaku.
“ amboi sedap nak sepak-sepak aku ingat aku bola ragbi ke nak
sepak?” marahku pula pada zana. Tak padan dengan sakit perut nak
berdebat dengan aku. Aku tengok mamat-mamat yang lepak dengan sofia tersengih-sengih
je. Butget model iklan ubat gigi je diorang ni..putih gigi aku lagi..
“ hmm okaylah abang-abang semua, sofie nak ikut kawan
sofie ni jap. Nanti kita jumpa ye, sofie ada kat sini sampai besok.
Abang-abang semua balik petang ni jugak ke?”soal sofia yang dah bertukar
nama jadi sofie, meremang bulu roma mak!! Oh umi tolong anak mu...doa-doalah
agar anakmu ini tidak membelasah orang tanpa perasaan.
“taklah cik adik manis, kami balik tahun depan je.” Balas
salah seorang dari mereka. Aku dan zana sakan gelak tengok muka sofia
dah macam tapai basi. Tanya lagi soalan tak berapa cerdik, elok sangatlah dapat
jawapan tak cerdik jugak. Aku jalan tanpa pedulikan sofia dengan geng-geng mat mana ntah.
Nanti susah kalau ada yang tercicir sesuatu yang tak patut. Zana ni pun
kalau dapat ketawa sampai lupa sakit.
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 5~
Tepat pukul 7pagi, cikgu dah memanggil nama sorang-sorang
seramai 40orang pelajar yang hadir untuk seminar kali ini, best jugak
ramai-ramai. Entah ada apa aktiviti pun tak tahu la bila sampai dekat atas
nanti, kami di bahagikan kepada empat kumpulan. satu kumpulan mestilah ada sepuluh
orang ahli, seorang akan menjadi ketua, dan seorang lagi menjadi penolong, jika
berlaku sebarang kemalangan mestilah menjadi tanggungjawab kepada ketua dan
penolong bagi memastikan keadaan ahli lain. Dalam kumpulan aku, aku yang
terpaksa menjadi ketua sebabnya dah diorang pilih aku, apa yang boleh
aku cakapkan. terima jela.
“Mya kita ikut laluan tar (jalan) ye, nak naik
bukit-bukit ni aku tak laratla. Please mya” cuba korang teka suara siapa
tu??hah pandai pun teka, siapa lagi si gedik ni la. macam mana boleh tercampak kat
kumpulan aku pun tak tahu la. Aku diamkan je mulut ni.
“weh jalan guna kaki bukan guna mulut, zip mulut hang
tu sofia sebelum aku sumbat tuala ni dalam mulut hang” amboi garangnya
siapa agaknya ye? Hah! Aku agak dah budak si ais batu ni group aku jugak,
itulah gelaran dia bila dalam kelas dan diluar kelas, sebabnya dia dapat
gelaran macam tu memang dia ni macam tak ada hati je nama sebenar dia Muhammad
Zarf Haikal. Hampeh betul la cikgu ni bagi ahli kumpulan yang sangat-sangat
membosankan hari-hari aku..waaa aku rasa macam nak balik rumah je ni. Tapi,
okay jugak tak adalah mulut si sofia tu duk pot pet pot pet je. Dari
dengar dia potpet mai sini aku cerita sikit tentang Bukit Larut
dan apa yang specialnya tempat ni. Bukit Larut merupakan kawasan
reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell
dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada
hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10
darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil
masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam
dilereng bukit. Diatas bukit ini juga terdapat beberapa tempat seperti Rumah Rehat Bukit Larut -
terletak 1,034 meter
di atas paras laut dan 10.1
kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan
lebih kurang 1.2 hektar. Ada juga beberapa tempat penginapan seperti Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai
Rumah Rehat Watson. Luas
kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras
laut dengan jarak 10.2
kilometer dari kaki Bukti Larut. Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan
dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP
saja. Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut
yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00. Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai
Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan
tujuannya tidak diketahui. Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box
yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras
laut dengan jarak 11.7
kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat
menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan
Selat Melaka
serta panorama Bandar Taiping. Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai
The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras
laut. Ok lah aku dapat kongsi sikit-sikit dulu ye kalau nak lebih bacalah
tentang perak dekat Encik Google. Aku pusing ke belakang untuk melihat ahli
yang lain masih ada dibelakang atau pun tidak dan aku tengok semuanya tak
bermaya ada pulak suara sumbang yang memberi idea yang sangat-sangat bernas.
“eh mya, jom kita buat nyanyi-nyanyi nak?tak la bosan sangat
nak mendaki jalan ni dan tak lah cepat letih. Nak tak?” soal Diana. ‘ermm betul
jugak cakap minah ni’
“ok lah, hang nak nyanyi lagu apa?” soalku.
“ala mana la aku tahu nak nyanyi lagu apa” jawab Diana.
“ok kita nyanyi lagu campur-campur ke tak kisahlah lagu apa
pun, semua join ok. No excuse and reason” arahku pula.
“ hang mula dulu Diana, sebab ni idea dari otak hang
yang tak centre tu” sambungku lagi. Semua buat muka tak puas hati je
dengan cadangan si Diana ni. Diana memulakan nyanyiannya yang pertama siap
ehem-ehem lagi konon test power suara la tu. Layankan aje.
Diana :
Bila kau senyum ku gembira
Bila kau sedih ku menangis
Bagai taman rindukan kumbang,
Kurindu wajahmu oh sayang,
Naim :
Dimana saja kau berada
Ku kan
tetap bersamamu
Walaupun jasad ku jauh
Namun hatiku tetap padamu,
Amboi macam pasangan bercinta betul diorang ni. tapi boleh
tahan juga suara diorang ni mendendangkan lagu dari Ezad & Eva,
lagunya Dua Insan Bercinta. So sweet couple jom test
suara orang lain pulak.
Halim :
Biar cinta...
Terhalang gunung dan
samudera
Aku tetap berpegang janji ku padamu.
Zana :
Biar jurang yang terjauh ada didepanku
Halim :
Takkan goyah sumpahku kepada dirimu
Zana :
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita
Wah!! Lagi best suara diorang ni kalah penyanyi asal, menarik
tapi kenapa semua lagu cintan-cintan ni? macam sedih je. Diorang nyanyi lagu Jangan
Pisahkan penyanyinya aku tak pasti pulak siapa. Baru dua pasangan kita tunggu lagi 3 pasangan.
Sofia :
You’re my everthing
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me i’m in love
Zahrin :
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder
To my finger tips
And all the while my head is in spin
Deep within,
I’m in love
Semua bertepuk tangan dengar lagu dari penyanyi lama ni Martin
Nievera lagunya You’re My Everthing. Jiwang seh diorang ni, tapi terhibur jugak.
Sambungan dari 2 lagi pasangan.
Sarah :
Luruihlah jalan paya kumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati den indak karusuah
Ayam den lapeh ai..ai..
Ayam den lapeh
Mendaki jalan pandai sikek
Menurun jalan ka biaro
Dima ati den indak kamacopek
Awak takicuah ai..ai..
Ayam den lapeh
Siku capang siku lapeh
Siku tabang siku lapeh
Lapehlah juo nan karimbo
Aila malang
juo..
Mak oi!! Budak sarah ni nyanyi lagu jawa ke apa? Melopong
kami semua dengar suara dia nyanyi lagu ni, sepatah haram pun kami tak paham.
Terus Diana tepuk belakang sarah.
“weh hang ni nyanyi lagu apa? Kami semua indak
paham tok.” Gurau si Diana.
“alah ni lagu minang la, takkan la korang tak pernah
dengar?”soal sarah pula sambil mengusap tulang belakangnya huh bisa.
“pernah jugak, tapi fasih betul hang dengan
lagu ni?berapa lama bertapa nak ingat lirik dia?”soal ku pulak sambil ketawa.
Yang lain turut serta ketawa. Dekat bukit larut ni aku rasa suara kami sepuluh orang
ni jela yang kuat. Sorry Sembilan orang je sebenarnya korang tau kan sapa yang
tak ketawa tu..sah-sahla zarf anak pak mahfuz tu.
“aku nak nyampuk pun terus terdiam dia nyanyi lagu ni,
manalah aku reti nyanyi lagu lain dari lagu bahasa melayu. Sekali minang daa.”
Sampuk si hakim. Sepatutnya dia berpasangan dengan si sarah ni sekali keluar
lirik lain pulak. kami semua ketawa lagi kuat.
“tak apa hakim, kami bagi change kat hang
nyanyi sorang tak payah berduet.”suara si ais batu keluar mengarahkan
hakim. ‘Nampaknya lepas ni giliran aku pula, nak hentam lagu apa ni?’ keluhku.
Hakim nak memulakan nyanyiannya.
“hakim suara macho sikit” usikku pada hakim. Hakim
sekadar tersengih malu.
Dikala ku terbayang
Wajahmu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang
“Pewittt!!” usik kami semua sambil bersiul, ada yang bertepuk
tangan. Gila!! Sedap sungguh suara hakim ni sejibik macam suara vokalis
kumpulan Khalifah ni.
Padamu duhai sayang
Kasihku hanya padamu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang
Padamu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasihku cintaku selamanya
Kami semua bersorak setelah hakim menghabiskan lagunya. Wah sporting
habis group aku ni, aku tarik balik pagi tadi cakap diorang membosankan
hidup aku hari ni, aku kerling jam ditangan melihat pukul berapa sekarang,
sudah hampir ke tengah hari. Tidak terasa lama pun, yelah asyik “mengsumbangkan”
suara je dari tadi mana nak perasannya.
“ ehem-ehem yang ketuanya bila lagi nak menyanyi ni?”soal
mereka.
“err aku kena jugak ke?”soalku kembali sambil menggaru kepala
yang taklah berapa gatal pun.
“weh opkosla (of course) kena.. jangan nak lari
ye” kecil je mata si sofia ni marahkan aku.
“yelah-yelah aku tengah cari idea ni nak nyanyi lagu apa ni”
kataku sambil mata memandang muka zarf.
“meh sini” zarf memanggil aku.”hang nak lagu apa?”soalnya
pada ku. Aku hanya menjongket bahu. Baru ingat nak menggelak kena jugak, hampeh
diorang ni.
“hang tahu lagu ‘fikirkan boleh’ tak?” soalnya lagi.
‘lagu apa tu?’ soalku dalam hati.
“lagu apa tu?” soalku realiti.
“alah yang macam ni, jika kau fikirkan kau boleh.
Contohla macam tu hang tau dak?” ‘wah siap bagi contoh budak ais batu
ni.’
“ha aku tau, kita nyanyi lagu tu ke?”soalku kembali nak
kepastian. Dan zarf mengganggukkan kepalanya. Jadi aku faham la.
“okay get ready 1,2,3” zarf memulakan nyanyian. Aduh
beria je budak ais batu ni, bukan dapat hadiah pun. Tapi boleh tahan suara dia
semua ada bakat terpendam, cayalah!!.
Zarf/Mya :
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan
Bergabung semua suara :
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam permikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh.
Elok je habis lagu kami semua sampai ke kemuncak bukit larut,
semua bersorak gembira kerana sudah sampai ke destinasi, memang tidak terasa
penat dan letih, memang best sepanjang perjalanan ke puncak bukit.
Sampai-sampai je kami semua berehat di menara di atas puncak bukit untuk
melihat permandangan bandaraya Taiping. Memang indah dan damai, kami juga sudah
diberikan makanan serta minuman untuk makanan tengah hari, ada yang mengambil
gambar sebagai kenangan aku tidak terkecuali setengah hari merentas hutan
sekarang baru dapat berehat sebentar lagi masih ada aktiviti yang akan
dijalankan oleh guru yang bertugas. lelaki diminta untuk memasang khemah, dan
pelajar perempuan bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor, dan kami semua
akan berjemaah diatas padang
berdekatan dengan khemah-khemah kami. Ini satu pengalaman yang memang aku tak
akan lupakan kenangan ni.
*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 6~
Ilham menghuraikan tie dilehernya terasa tersekat
dikerongkong dengan lilitan tie itu, merimaskannya. Dia kembali
menghadap laptop apple miliknya, dan tangan kanannya memicit dahi yang
terasa pening dengan masalah yang dialami, dia tidak menyangka punca yang kecil
boleh menjadi besar begini, syarikat induk yang dijaga oleh orang
kepercayaannya sudah mula merumitkan keadaan. Dengan kos yang asalnya sikit
boleh merebak dengan cepat, mungkinkah ada yang menyeleweng wang syarikat.
“ah!! runsing kepala aku” ilham menjerit didalam bilik pejabatnya. “aku kena jumpa
dengan papa” terangguk-angguk kepala ilham memikirkan penyelesaiannya. Dia
terus mengambil kunci kereta dan melangkah keluar dari pejabatnya untuk bertemu
dengan papanya.
“Niza, saya nak keluar mungkin tak masuk, kalau ada apa-apa
urusan awak cancel, ada dokumen-dokumen yang nak kena sign awak
letak je kat atas meja saya”. Ilham berhenti di meja setiausahanya. Wajahnya
agak tegang ketika ini memang merusingkan otaknya.
“baiklah En. Ilham.” Jawab Niza sambil tersenyum dan
mengeleng kepalanya melihat majikannya yang serabut tapi maintain hensem
tidak berubah. Untungnya orang muka dah hensem ni.
“eh niza, asal dengan bos kesayangan kau tu? Serabut lain
macam je, gaduh dengan girlfriend ke?” soal hana. Hana adalah penolong
akaun di bahagian pejabat ni, disebabkan pejabat hanya dua tingkat jadi hana
pun diletakkan dibahagian yang sama dengan niza.
“mana la aku tahu, tapi rasanya sebab hal syarikat la. Bos
kita tu setahu aku mana ada awek, sepanjang aku jadi P.A dia tak pernah pula
aku nampak dia ada cerita tentang awek.” Jawab niza. Memang betul pun, bosnya
itu walaupun pun hensem tapi tak ada awek itu yang dia tidak mengerti takkan
bosnya itu Gay pulak kan ?tak
minat pada perempuan. Ish mintak simpanglah.
“yelah, eh apa kata kau je yang jadi awek bos tu, dua-dua
bujang kau pun lawa apa?” usik hana. Dia tahu niza pun ada hati pada bosnya tu,
Cuma masih malu-malu nak mengaku.
“ish kau ni merepek tak sudahlah hana, dah pergi buat kerja
kau tu. Jangan sibuk menyendeng kat meja aku ni. banyak lagi kerja aku nak kena
buat ni, kau tak da kerja ke?” soal niza, muka sudah membahang merah menahan
malu sebab kena usik dengan teman kerjanya yang seorang ini.
“alah muka merah dah, suka cakap suka tak suka cakap tak
suka. Itu pun susah, malu tapi mahu. Okaylah mak cik aku nak pergi buat kerja
lah ni, usik sikit je dah malu.” Giat hana lagi, tak sudah mengusik temannya
tu. Niza meneruskan kerjanya walaupun ketika itu jantungnya bagai nak luruh,
macam mana lah si hana ni dapat tahu isi hati aku, lama aku simpan tak nak bagi
kantoi. Akhirnya kantoi jugak, rindu pulak pada adik bongsunya yang comel tu,
Mya nurkaseh keletah adiknya memang tak boleh kering gusi sentiasa mengusik
bila semua adik beradik yang seramai empat orang ini berkumpul, boleh riuh satu
taman villa kaseh. Dia teringat ketika adiknya mengusik semasa mereka tidur
bersama.
“ angah, bila angah nak tamat zaman bujang? Angah kena sedar,
yang angah tu dah tua 25 tahun dah pun. Tak nak kahwin ke?” soal simulut murai.
“ amboi soalan macam orang dewasa je, ni soalan akan keluar
dalam SPM nanti ke adik manis?” soal niza. Atau nama sebenarnya kaseh nurniza.
“ala angah ni, soalan ni bukan sebarang soalan tau
calang-calang orang je boleh jawab. Cepatlah ngah jawab” gesa mya.
“ Mya Nurkaseh, awak nak kena dengan angah ye? Tanyalah
soalan lain dik, angah ni calon pun tak ada lagi nak kahwin apanya.” Mya hanya
sengih menunjukkan gigi putihnya.
“ hah kan senang cakap tak da calon, mai sini
orang nak bagi calon. Angah nak? Tengok along umur dia 24 dah kahwin anak dah 2
orang, angah ni umo 25 anak langsung la tak ada, acik pun dah ada awek tau.
Angah ni jual mahai kot?sebab tu tak ada orang yang nak kat angah.” Mya
mula membebel sampaikan tidak perasan yang kakaknya seorang itu sudah tertidur
mendengar bebelannya.
Bila teringat balik pada malam itu, memang sangat kelakar.
Adiknya yang berumur 17tahun bagi nasihat dekat dia yang berumur 25 tahun.
Adik-adik. Tergeleng-geleng kepala niza. Apalah yang tengah buat budak kecik tu
ye sekarang ni.
No comments:
Post a Comment