Wednesday, 30 January 2013

NoVeL CiNtA MiLiK KiTa

CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 1~


Dia berdiri dikawasan yang sangat lapang dipenuhi dengan pohon yang menghijau, ada beberapa pasang anak arnab berbulu putih bermain di kawasan berhampiran. Dia melangkah perlahan-lahan untuk mendekati anak arnab itu dia takut anak arnab itu akan terperanjat akan kehadirannya di situ. Dalam beberapa tapak dia melangkah, entah bagaimana dia terpijak kain kembang yang dipakainya lalu dia terjatuh dihadapan anak-anak arnab tersebut. Bertempiaran anak-anak arnab itu lari menyelamatkan diri mungkin arnab-arnab itu terkejut tetiba saja ada ‘nagka busuk’ jatuh dihadapan mereka. Dia bangun lalu membetulkan kedudukan kain kembangnya yang hampir menampakkan betisnya yang putih bersih.(bersihlah sangat)..tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang, lalu dia menoleh. Dia melihat ada seorang Putera yang sangat kacak menegurnya sambil tersenyum manis. Tiba-tiba senyuman itu mati dari wajah Putera itu dan muncul satu senyuman yang amat menakutkan wajah Putera itu jugak bertukar menjadi sangat hodoh seperti muka ‘Shrek’. Lalu dia berlari dan terus berlari sehingga tidak perasan ada satu lubang kecil dihadapannya..dia masih berlari sehingga betul-betul dekat dengan lubang tersebut dan…

“Aduh!!! sakitnya.” dia mengaduh sakit apabila terasa kepalanya seperti di ketuk-ketuk oleh satu benda yang keras, dia terus mengangkat kepalanya dan mengusap kepala yang sengal kena ketuk dengan buku kulit tebal. ‘Agak melampau orang ni main ketuk-ketuk kepala ada yang nak kena tomoi ni.’ sempat lagi dia mengomel dalam hati.

“Ehem-ehem.. ini kerja awak selama ni ye?tidur di dalam kelas pada waktu saya mengajar?” Soal si pemukul tadi iaitu Encik Rahim, Guru Subjek Sains Mya.

“Err..maafkan saya Shrek, saya tak perasan yang saya tertidur.” Jawabnya dengan tangan mengangkat sembah dan mata memandang keadaan sekeliling kelas yang masih tidak berkedip mata memandangnya dia memberi isyarat ‘kenapa’ kepada teman yang lain. Tapi tiada respon. Hampa!

“Apa awak panggil saya?? Shrek!!“ Gurunya bertempik. Dia sekadar menunjukkan peace kepada rakan-rakan lain. Rakan-rakannya sekadar mentertawakan dirinya.
‘ah peduli apa aku, janji aku dah puas tidur’ sahutnya didalam hati. Terus dia menumpukan pelajarannya untuk hari ini, tak mungkin dia akan tidur selepas apa yang jadi. Dan dia juga masih tidak perasan akan keterlanjuran katanya tadi dengan memanggil gurunya ‘Shrek’ memang tak patut betul budak ni.

“Eh Mya, macam mana hang boleh lena(tidur) dalam kelas Cikgu Halim tadi?” Soal Zana semasa mereka bertiga berada di dalam tandas ketika sudah tamat waktu persekolahan. Sempat singgah ke tandas lagi.

“Ntah la, aku pun tak sedar yang aku tidur waktu tu. Sedar-sedar je ‘Shrek’ dah ada depan mata aku.” Mya menjawab soalan dari temannya.

“Apa la hang ni, sebaikla Cikgu hempuk hang dengan buku nipis, kalau yang tebal aku tak taula, mau hang bodoh 100 hari” sambung temannya sambil ketawa terbahak-bahak, memang mereka tak tahan melihat rakan mereka seorang tu. Dapat tidur memang tak ingat dunia kemudian dengan selamba je mengata guru mereka. Kalau letak bom dekat sebelah belum tentu terjaga tahu-tahu dah di kebumikan je.

“Sakit jugak weh kena hempuk tadi. Tapi, ah lantak lah!! asalkan time tu aku memang puas tahu. hangpa nak tau dak aku mimpi apa tadi? aku mimpi Putera Raja.” Katanya sambil mengambil sepit dan mengepit lubang hidungnya ada taik hidung melekat pada bulu hidung dia. Pengotor betul Mya ni. Rakan-rakannya sekadar mengeleng melihat tabiat Mya yang tak berubah. Bila agaknya minah ni nak berubah buat benda kotor ni.

“Putera mana pulak la yang hang mimpi ni Mya?” soal Diana.

“Ntah la. hang tau? masa aku tengok muka punya la hensem, lepas tu tukaq jadi huduh macam muka Cikgu Halim.” Cerita Mya sambil ketawa dengan kuat.

“Ish hang ni gelak tu slow-slow la sikit, dengaq kat pelajar lain masak hang. Tapi betul ke macam Cikgu Halim??mesti lawakkan muka dia.” gelak Diana dan Zana sambil terbayang wajah guru Sains mereka. Dengan perut memboyot macam orang mengandung 9 bulan, misai tebal, pendek pulak tu.. memang huduh la. Memang sesuai Mya panggil ‘Shrek’, Mereka ketawa berdekah-dekah pelajar lain yang masuk sekadar mengeleng-gelengkan kepala. Siapa tidak kenal dengan sikap pelajar 3 orang ini, yang selalu bawa banyak masalah pada sekolah tapi pelajaran mereka tidak pernah merosot. Itu yang pelajar lain hairan dan musykil.

Okay girl, aku nak balik dulu. See yours tomorrow bye girl” Mya menamatkan sesi persekolahannya untuk hari ini, dia turun dari tempat singki dan membetulkan letak baju kurung sekolahnya dengan betul. Dan dia bersalam dan melaga pipi bersama teman baiknya Diana dan Zana.

p.s : 1st nk menulis novel. komenlah kalau ada yang salah atau tidak sesuai ye :)

*********************************************************************************

CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 2~

“Waalaikumusalam, yes! bercakap.” Ilham menjawab panggilannya sambil mata menumpukan pada pemanduannya. Jangan salah faham ye. Dia menggunakan handfree senang nak jawab sebarang panggilan.

What!! macam mana boleh jadi macam ni?okay nanti saya akan ke pejabat terus.” Jawab Ilham, masih terkejut dengan berita yang diberitahu oleh setiausahanya.

“Ish tak boleh harap langsung!!” keluhnya sendiri kepada pekerja-pekerjanya. Mohd Zarif Ilham Bin Tan Sri Mahfuz berumur 25 tahun, dalam usia yang muda sudah menjawat jawatan sebagai Ketua Pengarah Syarikat Induk milik bapanya Tan Sri Mahfuz. Setelah bertungkus lumus untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Jurusan Perniagaan di UK. Bukan Ulu Klang ye tapi United Kingdom. Akhirnya dia kembali untuk meneruskan empayar syarikat perniagaan yang dibina oleh ayahnya di Malaysia. Ketampanannya amat terserlah dengan adanya lesung pipit di pipi lagi menyerlahkan dirinya. tapi dia tidak pernah bermengah dengan apa yang dia ada. Tidak sesetengah anak orang kaya yang sombong dan berbangga dengan harta ‘makbapak’ mereka. Untungla siapa yang dapat bersuamikan orang macam Ilham ni.

Dalam perjalanan ke pejabatnya dia bertembung dengan seorang gadis yang kebetulan melintas dihadapan kereta Audi A4 miliknya. Tapi, dia buat tak tahu sahaja sehingga gadis itu tiba-tiba menendang satu tin minuman kearah keretanya, bercalar juga agaknya kereta kesayangan miliknya.

“Hoi!!” jerit ilham dengan lantang.

“Hoi!..alamak!! dia marah la” Mya berkata pantas melarikan diri dengan selaju yang boleh. Dia memang sengaja berbuat begitu kerana cemburu pada kereta yang dia juga meminati tapi tidak kesampaian untuk mendapatkannya dengan itu dia geram lalu menendang tin minuman itu kearah kenderaan tersebut. Pelik-pelik aje peragai Mya ini..
“Hah! sini pun kau!!.” Ilham sergah gadis yang merosakkan kenderaannya tadi sambil tersenyum sinis. ‘memang nak mati gadis ni, suka hati kaki dia je nak rosakkan kereta aku.’ Dia bermonolog dalam hati.

“Alatok!!!..” Jerit Mya dia dah terperangkap sendiri. ‘itulah gatai lagi hang nak rosakkan kereta orang, sekarang hang tanggunglah azab sendiri’ sempat lagi dia marahkan diri sendiri.

“Kenapa kau rosakkan kereta aku hah! apa salah kereta aku kat kau?” Soal Ilham dengan nada geram. Mahu tak geram kereta kesayangannya diapa-apakan oleh gadis kecik ni. Memang hangin la dia.

“Er..er..err..sa…ya ..aaaaaa” Hah! hambik hang tergagap terus nak menjawab. Padan dengan muka hang Mya.

“Saya apa!!” Soal Ilham lagi sambil menjengilkan matanya yang sememangnya kecik dan sepet itu. ‘gagap terus kau budak, padan muka kau’.

“Maaf bang, saya sengaja tadi.” ‘Adoi kenapa mulut ni pergi cakap sengaja. Dahla muka abang ni macam nak makan aku je..adoi mulut-mulut.’ Tapi hensem iras Edward Cullen.

“Apa!!!?” jerit Ilham lantang.. ‘ish mamat ni suka menjerit agaknya’ Mya monolog sendiri.

“Ish abang ni.. jangan lah menjerit kat sini nanti orang fikir saya nak rogol abang pulak. Saya memang sengaja rosakkan kereta abang ni.” Dengan selamba Mya berkata sambil duduk bertingung. Hilang sudah takutnya tadi. Terkedu sekejap ... Ilham dengan jawapan budak di hadapannya kini.

“Ulang balik apa yang kau kata tadi budak?” Suruh Ilham. ‘aku salah dengar ke apa tadi’ soalnya sendiri sambil mengorek telinganya dengan menggunakan jari kelingking.

“Abang ni pekak ke?muda-muda dah pekak sayang gila. Saya cakap tadi jangan jerit nanti orang fikir saya nak rogol abang. R.O.G.O.L it’s mean rogol. Faham?dan lagi satu saya memang sengaja nak lukakan kereta abang tu” Jawab Mya sambil menunding jari kearah kereta Ilham yang ada bersebelahan dengannya. Dengan selamba dia menyambung..

“Sebab saya cemburu la bang, kereta ni memang saya suka sangat-sangat. Jadi di sebabkan saya tak boleh dapat kereta ni, saya rosakkan lah. Abang marah ke?” Soal Mya kembali memandang muka Ilham yang memang sudah merah menahan marah.

“Heeee budak ni, ada jugak orang hilang anak ni karang” Ilham sudah ilang sabar. Boleh budak tu membebel macam mak nenek. Dahlah sakitkan hati aku. Ya Allah kenapa la malang betul nasib aku hari ini.

“Nih sekarang siapa nak ganti kereta aku yang dah rosak tu?’ Soal Ilham.

“Entah!! saya sekolah lagi la bang..alah abang ni itu pun berkira ke?bukan mahal pun, tengok gaya abang ni macam anak orang kaya aje.” Mya masih lagi selamba memberi jawapan sambil usha(memandang) Ilham atas bawah. ‘Hensem jugak abang depan aku ni.nak buat suami boleh?’ gatainya hang Mya. Tergeleng-geleng kepala aku.

“Ya Allah, sabarkan hati aku. Kenapa la aku jumpa budak perempuan yang tak betul otak sangat ni?” Ilham berdoa sambil menandah tangganya. Mya sekadar ketawa melihat ilham.

“Abang!!..” Mya memanggil Ilham. ‘eh tak dengar pulak abang ni dah pekak ke?’

“Aaaabanggggg!!!!” panggil aku lagi sekuat yang boleh.

“Oh!! mak kau!!! Apa!!” Llham terkejut siap melatah lagi dan terus terjerit. aiyark…ilang kemachoan aku kalau selalu macam gini.

“Err abang ni hensem la, tapi suka melatah eh?haha.” Sakat Mya. Sambil tergelak-gelak dia bangun dari bertingung dan berlari meninggalkan Ilham seorang diri. Terkedu Ilham kat situ. ‘Nakalnya budak ni’ desis hatinya. Tersenyum Ilham dibuatnya..  Ilham terus berlari melihat kenderaannya sebaik calar sikit aje. Kalau banyak tadi memang aku jual jugak budak comel tu. ‘Ish kau ni Ilham dari kau jual baik kau buat bini kan bagus atau dia ada kakak ke boleh jadi adik ipar aku.. gatai kau Ilham’

*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 3~


“Assalamualaikum.. babah, umi, Mya dah balik sekolah ni” mana la pergi diorang ni.

“waalaikumusalam. Hah balik dah budak kecik ni.” sahut babah yang sedang membaca surat khabar di meja kopi, yang ni En. Mahadi bapa kepada Mya Nurkaseh dan Umi Mya bernama Maisarah Nasuha, orangnya sangat lembut dan sopan santun sebab itu la En. Mahadi terpikat pada Maisarah.

“umi mana bah?” soal Mya.

“Ada kat dapur tu, tengah masak agaknya. Lambat kamu balik?ada kelas tambahan ke?” soal En. Mahadi pada anak gadis bongsunya. Dia mempunyai empat orang anak. dua lelaki dan dua perempuan. Anak pertama sudah berusia 30 tahun dan sudah berkahwin. Yang kedua pula berumur 25 tahun masih bujang belum diseru jodoh katanya bila di tanya soal kahwin oleh orang tuanya. Sesiapa yang nak isi borang boleh ambil di kaunter zakat ye. Yang ke tiga pulak baru berusia 23 tahun baru tamat belajar di UK, sekarang berkerja di Kuala Lumpur.

“a’ah ada kelas tambahan tadi bah, SPM dah nak dekat, takpe la babah, Mya naik atas dulu nak mandi dah masam ni.hehe” aku terus naik ke atas menuju ke bilik sebelum babahnya meneruskan soalan padanya. Geleng saja kepala En. Mahadi dengan tingkah anak gadisnya yang seorang ni.

“Mya!! Mya!!” jerit Puan maisarah dari tingkat bawah rumah. Aik ini ke dikata sopan, lemah lembut tadi ni, umi-umi. macam nak runtuh rumah dengar volume umi tahan aje la.

“ye saya umi, datang ni” sahut aku cepat kalau lambat mahu telinga ni mendapat tazkirah percuma oleh umi.

“kamu buat apa berkurung kat atas tu? Mari turun makan.” Jerit uminya lagi.

“Mya baru lepas mandi la umi, mana ada berkurung. Umi masak apa hari ni??” aku menjeguk kepala ke ruang dapur setelah umi aku seru. Umi aku ni kalau aku tak membantu memang suka menjerit macam ni la, astagfirullah kutuk umi je aku ni..ampun umi..

“umi masak tempoyak, kamu suka kan tempoyak?” Soal umi dengan kening dijongkitkan sebelah. Cayalah umi macam ziana zain tu.

“yerk umi, maaf ye anak umi yang comel lagi cun ni tak makan tempoyak. merajuk la dengan umi.” Aku dah tarik muka empat belas, umi ni macam tak tahu je yang aku tak makan menda-menda ni. Umi aku tengok dah gelak kuat. Ish cakap sopan ni gelak macam langsuir je.

“umi tak baik tau gelak kat anak umi ni. Dah macam mak lampir je umi ketawa macam tu.” Aku dengan selamba cakap macam tu kat umi. Terus umi tutup mulut dengan tapak tangan kanannya. Tau takut.

“ pandai la kamu tu, dah cepat bawak makanan ni pergi depan. Hidang kat atas meja sana macam biasa. Nanti babah kamu tu bising pula” Suruh umi pada ku.

“ menurut perintah permaisuri” aku menjawab selamba. Umi hanya geleng kepala.

“hah dah siap ke makanan semua?babah dah lapaq ni” kus semangat tetiba je muncul babah ni kat sebelah aku. Nasibla tak tumpah lauk yang umi bagi tadi ni. Kenalah aku ni jenis melatah sah-sahlah gulai kepala ikan tenggiri ni mendarat baik punya atas kepala babah.

“dah siap ni bah, tunggu umi bawak pencuci mulut sat” jawabku sambil mencapai air minuman. Ahhh leganya ais ni dah masuk dalam tekak. Sedap!


“umi lambat lagi ke bawak pencucinya?saya dah lapaq ni cek oii?” jerit babah. Aiyark semua orang nak jadi tarzan ke? terjerit-jerit dari tadi. Aku yang tengah minum ni sampaikan tersedak jadinya. Babah mengusap belakang aku huh perit seh

satla cik abang sayang oii, nak siap dah berghedan(sabar) sikit aih” tu dia keluar dah ayat kedah kaw-kaw punya dari umi, padan muka babah. Aku gelakkan je.

“bah, sabtu ni kat sekolah ada anjurkan seminar. Jadi mya nak mintak izin bah gan umi, izinkan Mya join seminar tu ye?” soalku setelah keadaan dah reda dengan perdebatan dari umi dan babah.

“seminar? dekat mana sekolah buat? Berapa hari?ramai tak yang join?berapa orang cikgu yang pergi?bercampur laki perempuan atau perempuan semua?”soal umi. Fuh!! macam machine gun, laju punya soalan.

“ermm dekat atas Bukit Larut je umi, dua hari satu malam. Pihak sekolah dah sediakan semua, jadi kami just bawak diri dan barang-barang keperluan kami je. Sebelum exam ni kami semua ada buat seminar dulu untuk motivasi diri sendiri. Dan bercampur dalam 40 orang pelajar terpilih, guru pulak adalah dalam 10 orang 5 guru lelaki 5 guru wanita” Terangku panjang lebar, bukan apa senang nak bagi umi dan babah aku ni faham keadaan sebenar. Nanti tak ada la duk tanya yang menghapu-ghapu(merepek).

“yelah babah izinkan, tapi ingat jaga diri. Berkumpul dalam kumpulan kalau ada apa-apa berlaku mesti cepat-cepat bagitau cikgu bertugas.” Yes!! Dah dapat kebenaran. Hari ni dah Khamis tinggal esok je untuk aku berkemas-kemas mana yang patut.

p.s : sori tungang langang malas nak edit :D

*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 4~


Tiba hari yang dinanti, aku punyala excited nak naik Bukit Larut pelajar lain berkumpul pukul 7 pagi dekat kaki bukit, aku dah tunggu awal lagi dari pukul 6.00 pagi nasibla aku cuti kalau tidak jenuh la nak cari kat mana nak sembahyang subuh. Tapi time macam ni memang dah ramai orang nak berjogging mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, semua dah stanby nak naik Bukit.

“weh Mya, awal hang sampai?” soal salah sorang pelajar yang join aktiviti hari ini, namanya adalah Sofia, dia ni gedik sikit sebab suka duk bergosip hal lelaki hensem je, tapi sayang lelaki pun tak berminat dekat dia. Rupa ada, gedik je lebih ingat lawa sangat la tu. ‘Ya allah aku mengutuk sofia ke ni?insaf-insaf’

“ biasalah excited ni weh, berapa lama aku tak naik tempat ni. So sebab tu aku mai(datang) awal.” Jawabku acuh tak acuh. Padahal memang malas nak berborak dengan dia, tengok aje la cara padangan dia kat kumpulan lelaki dari mana ntah duk berkumpul bukan main lagi dia punya mengeletis(mengedik). Aku tengok pun meluat(menyampah).

“weh sofia, tu mamat tu usha hang baik punya. Tunggu apa lagi pi la ayat kot-kot depa mau kat hang. lepas ni bolehla aku merasa nasik minyak hang.” Aku mula menyakat. Sebab memang aku perasan sorang mamat memang duk usha tempat aku duduk sekarang ni. Yela jam baru pukul 6.30 pagi baru ada berapa orang pelajar je sepatutnya berkumpul pada pukul 7 pagi.

“weh zana, hang duk monyok je pasai apa? Laki tak bagi join ini seminar ke?” soalku pada teman rapat aku sorang ni. Dari tadi aku tengok muka dia monyok. Sembelit ke?

“ banyaklah hang punya laki, tak dak la aku tengah tahan sakit perut tetiba je ni.” Jawab zana. Oh nak melabur saham cakaplah awal-awal kan senang aku boleh bawak.
lah awat tak hang habaq? Jom aku bawak hang pi toilet  kat atas nun sempat lagi ni, japgi berkumpul pun kat atas jugak kan. Jom-jomajakku kesian sungguh tengok muka si zana ni. Berkerut-kerut dah macam muka nenek tua.

“eh mya nak pi mana?” soal si gedik, sapa lagi si sofia la.

pi tandas sat, ada orang sakit nak beranak. Awat? Nak ikut?” soalku pula. Aku tayang sengih je kat zana. ‘Putih tak zana gigi aku?’

“ada cakap aku nak beranak, aku sepak japgi baru hang tau” marah zana padaku.

“ amboi sedap nak sepak-sepak aku ingat aku bola ragbi ke nak sepak?” marahku pula pada zana. Tak padan dengan sakit perut nak berdebat dengan aku. Aku tengok mamat-mamat yang lepak dengan sofia tersengih-sengih je. Butget model iklan ubat gigi je diorang ni..putih gigi aku lagi..

“ hmm okaylah abang-abang semua, sofie nak ikut kawan sofie ni jap. Nanti kita jumpa ye, sofie ada kat sini sampai besok. Abang-abang semua balik petang ni jugak ke?”soal sofia yang dah bertukar nama jadi sofie, meremang bulu roma mak!! Oh umi tolong anak mu...doa-doalah agar anakmu ini tidak membelasah orang tanpa perasaan.

“taklah cik adik manis, kami balik tahun depan je.” Balas salah seorang dari mereka. Aku dan zana sakan gelak tengok muka sofia dah macam tapai basi. Tanya lagi soalan tak berapa cerdik, elok sangatlah dapat jawapan tak cerdik jugak. Aku jalan tanpa pedulikan sofia dengan geng-geng mat mana ntah. Nanti susah kalau ada yang tercicir sesuatu yang tak patut. Zana ni pun kalau dapat ketawa sampai lupa sakit.

*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 5~

Tepat pukul 7pagi, cikgu dah memanggil nama sorang-sorang seramai 40orang pelajar yang hadir untuk seminar kali ini, best jugak ramai-ramai. Entah ada apa aktiviti pun tak tahu la bila sampai dekat atas nanti, kami di bahagikan kepada empat kumpulan. satu kumpulan mestilah ada sepuluh orang ahli, seorang akan menjadi ketua, dan seorang lagi menjadi penolong, jika berlaku sebarang kemalangan mestilah menjadi tanggungjawab kepada ketua dan penolong bagi memastikan keadaan ahli lain. Dalam kumpulan aku, aku yang terpaksa menjadi ketua sebabnya dah diorang pilih aku, apa yang boleh aku cakapkan. terima jela.

“Mya kita ikut laluan tar (jalan) ye, nak naik bukit-bukit ni aku tak laratla. Please mya” cuba korang teka suara siapa tu??hah pandai pun teka, siapa lagi si gedik ni la. macam mana boleh tercampak kat kumpulan aku pun tak tahu la. Aku diamkan je mulut ni.

“weh jalan guna kaki bukan guna mulut, zip mulut hang tu sofia sebelum aku sumbat tuala ni dalam mulut hang” amboi garangnya siapa agaknya ye? Hah! Aku agak dah budak si ais batu ni group aku jugak, itulah gelaran dia bila dalam kelas dan diluar kelas, sebabnya dia dapat gelaran macam tu memang dia ni macam tak ada hati je nama sebenar dia Muhammad Zarf Haikal. Hampeh betul la cikgu ni bagi ahli kumpulan yang sangat-sangat membosankan hari-hari aku..waaa aku rasa macam nak balik rumah je ni. Tapi, okay jugak tak adalah mulut si sofia tu duk pot pet pot pet je. Dari dengar dia potpet mai sini aku cerita sikit tentang Bukit Larut dan apa yang specialnya tempat ni. Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Diatas bukit ini juga terdapat beberapa tempat seperti Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar. Ada juga beberapa tempat penginapan seperti Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut. Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja. Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00. Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui. Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping. Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut. Ok lah aku dapat kongsi sikit-sikit dulu ye kalau nak lebih bacalah tentang perak dekat Encik Google. Aku pusing ke belakang untuk melihat ahli yang lain masih ada dibelakang atau pun tidak dan aku tengok semuanya tak bermaya ada pulak suara sumbang yang memberi idea yang sangat-sangat bernas.

“eh mya, jom kita buat nyanyi-nyanyi nak?tak la bosan sangat nak mendaki jalan ni dan tak lah cepat letih. Nak tak?” soal Diana. ‘ermm betul jugak cakap minah ni’

“ok lah, hang nak nyanyi lagu apa?” soalku.

“ala mana la aku tahu nak nyanyi lagu apa” jawab Diana.

“ok kita nyanyi lagu campur-campur ke tak kisahlah lagu apa pun, semua join ok. No excuse and reason” arahku pula.

hang mula dulu Diana, sebab ni idea dari otak hang yang tak centre tu” sambungku lagi. Semua buat muka tak puas hati je dengan cadangan si Diana ni. Diana memulakan nyanyiannya yang pertama siap ehem-ehem lagi konon test power suara la tu. Layankan aje.
Diana :
Bila kau senyum ku gembira
Bila kau sedih ku menangis
Bagai taman rindukan kumbang,
Kurindu wajahmu oh sayang,

Naim :
Dimana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasad ku jauh
Namun hatiku tetap padamu,

Amboi macam pasangan bercinta betul diorang ni. tapi boleh tahan juga suara diorang ni mendendangkan lagu dari Ezad & Eva, lagunya Dua Insan Bercinta. So sweet couple jom test suara orang lain pulak.

Halim :
Biar cinta...
 Terhalang gunung dan samudera
Aku tetap berpegang janji ku padamu.

Zana :
Biar jurang yang terjauh ada didepanku

Halim :
Takkan goyah sumpahku kepada dirimu

Zana :
Kita bagai kumbang dan bunga
Hatiku pasti hatimu jua
Namun mengapa ada saja yang benci tulus cinta kita

Wah!! Lagi best suara diorang ni kalah penyanyi asal, menarik tapi kenapa semua lagu cintan-cintan ni? macam sedih je. Diorang nyanyi lagu Jangan Pisahkan penyanyinya aku tak pasti pulak siapa.  Baru dua pasangan kita tunggu lagi 3 pasangan.

Sofia :
You’re my everthing
The sun that shines above you
Makes the bluebirds sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me i’m in love

Zahrin :
When I kiss your lips
I feel the rolling thunder
To my finger tips
And all the while my head is in spin
Deep within,
I’m in love

Semua bertepuk tangan dengar lagu dari penyanyi lama ni Martin Nievera lagunya You’re My Everthing. Jiwang seh  diorang ni, tapi terhibur jugak. Sambungan dari 2 lagi pasangan.

Sarah :
Luruihlah jalan paya kumbuah
Babelok jalan kayu jati
Dima ati den indak karusuah
Ayam den lapeh ai..ai..
Ayam den lapeh

Mendaki jalan pandai sikek
Menurun jalan ka biaro
Dima ati den indak kamacopek
Awak takicuah ai..ai..
Ayam den lapeh

Siku capang siku lapeh
Siku tabang siku lapeh
Lapehlah juo nan karimbo
Aila malang juo..

Mak oi!! Budak sarah ni nyanyi lagu jawa ke apa? Melopong kami semua dengar suara dia nyanyi lagu ni, sepatah haram pun kami tak paham. Terus Diana tepuk belakang sarah.

“weh hang ni nyanyi lagu apa? Kami semua indak paham tok.” Gurau si Diana.

“alah ni lagu minang la, takkan la korang tak pernah dengar?”soal sarah pula sambil mengusap tulang belakangnya huh bisa.

“pernah jugak, tapi fasih betul hang dengan lagu ni?berapa lama bertapa nak ingat lirik dia?”soal ku pulak sambil ketawa. Yang lain turut serta ketawa. Dekat bukit larut ni aku rasa suara kami sepuluh orang ni jela yang kuat. Sorry Sembilan orang je sebenarnya korang tau kan sapa yang tak ketawa tu..sah-sahla zarf anak pak mahfuz tu.

“aku nak nyampuk pun terus terdiam dia nyanyi lagu ni, manalah aku reti nyanyi lagu lain dari lagu bahasa melayu. Sekali minang daa.” Sampuk si hakim. Sepatutnya dia berpasangan dengan si sarah ni sekali keluar lirik lain pulak. kami semua ketawa lagi kuat.

“tak apa hakim, kami bagi change kat hang nyanyi sorang tak payah berduet.”suara si ais batu keluar mengarahkan hakim. ‘Nampaknya lepas ni giliran aku pula, nak hentam lagu apa ni?’ keluhku. Hakim nak memulakan nyanyiannya.

“hakim suara macho sikit” usikku pada hakim. Hakim sekadar tersengih malu.

Dikala ku terbayang
Wajahmu daku terkenang-kenang
Kadangkala pagi siang malam
Jadi gila bayang

“Pewittt!!” usik kami semua sambil bersiul, ada yang bertepuk tangan. Gila!! Sedap sungguh suara hakim ni sejibik macam suara vokalis kumpulan Khalifah ni.

Padamu duhai sayang
Kasihku hanya padamu seorang
Hanyalah dikau jadi pujaan
Cinta tanda sayang

Padamu duhai sayang
Yang jauh dirantau orang
Ingatlah pesanan dari kekanda
Jangan-jangan bermain mata
Jangan-jangan cuba mendua
Kasihku cintaku selamanya

Kami semua bersorak setelah hakim menghabiskan lagunya. Wah sporting habis group aku ni, aku tarik balik pagi tadi cakap diorang membosankan hidup aku hari ni, aku kerling jam ditangan melihat pukul berapa sekarang, sudah hampir ke tengah hari. Tidak terasa lama pun, yelah asyik “mengsumbangkan” suara je dari tadi mana nak perasannya.

“ ehem-ehem yang ketuanya bila lagi nak menyanyi ni?”soal mereka.

“err aku kena jugak ke?”soalku kembali sambil menggaru kepala yang taklah berapa gatal pun.

“weh opkosla (of course) kena.. jangan nak lari ye” kecil je mata si sofia ni marahkan aku.

“yelah-yelah aku tengah cari idea ni nak nyanyi lagu apa ni” kataku sambil mata memandang muka zarf.
“meh sini” zarf memanggil aku.”hang nak lagu apa?”soalnya pada ku. Aku hanya menjongket bahu. Baru ingat nak menggelak kena jugak, hampeh diorang ni.

hang tahu lagu ‘fikirkan boleh’ tak?” soalnya lagi. ‘lagu apa tu?’ soalku dalam hati.

“lagu apa tu?” soalku realiti.

“alah yang macam ni, jika kau fikirkan kau boleh. Contohla macam tu hang tau dak?” ‘wah siap bagi contoh budak ais batu ni.’

“ha aku tau, kita nyanyi lagu tu ke?”soalku kembali nak kepastian. Dan zarf mengganggukkan kepalanya. Jadi aku faham la.

okay get ready 1,2,3” zarf memulakan nyanyian. Aduh beria je budak ais batu ni, bukan dapat hadiah pun. Tapi boleh tahan suara dia semua ada bakat terpendam, cayalah!!.

Zarf/Mya :
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kekalahan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Bergabung semua suara :
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam permikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh.

Elok je habis lagu kami semua sampai ke kemuncak bukit larut, semua bersorak gembira kerana sudah sampai ke destinasi, memang tidak terasa penat dan letih, memang best sepanjang perjalanan ke puncak bukit. Sampai-sampai je kami semua berehat di menara di atas puncak bukit untuk melihat permandangan bandaraya Taiping. Memang indah dan damai, kami juga sudah diberikan makanan serta minuman untuk makanan tengah hari, ada yang mengambil gambar sebagai kenangan aku tidak terkecuali setengah hari merentas hutan sekarang baru dapat berehat sebentar lagi masih ada aktiviti yang akan dijalankan oleh guru yang bertugas. lelaki diminta untuk memasang khemah, dan pelajar perempuan bersiap-siap untuk menunaikan solat zohor, dan kami semua akan berjemaah diatas padang berdekatan dengan khemah-khemah kami. Ini satu pengalaman yang memang aku tak akan lupakan kenangan ni.

*********************************************************************************
CiNtA MiLiK KiTa ~BaB 6~

Ilham menghuraikan tie dilehernya terasa tersekat dikerongkong dengan lilitan tie itu, merimaskannya. Dia kembali menghadap laptop apple miliknya, dan tangan kanannya memicit dahi yang terasa pening dengan masalah yang dialami, dia tidak menyangka punca yang kecil boleh menjadi besar begini, syarikat induk yang dijaga oleh orang kepercayaannya sudah mula merumitkan keadaan. Dengan kos yang asalnya sikit boleh merebak dengan cepat, mungkinkah ada yang menyeleweng wang syarikat. “ah!! runsing kepala aku” ilham menjerit didalam bilik pejabatnya. “aku kena jumpa dengan papa” terangguk-angguk kepala ilham memikirkan penyelesaiannya. Dia terus mengambil kunci kereta dan melangkah keluar dari pejabatnya untuk bertemu dengan papanya.

“Niza, saya nak keluar mungkin tak masuk, kalau ada apa-apa urusan awak cancel, ada dokumen-dokumen yang nak kena sign awak letak je kat atas meja saya”. Ilham berhenti di meja setiausahanya. Wajahnya agak tegang ketika ini memang merusingkan otaknya.

“baiklah En. Ilham.” Jawab Niza sambil tersenyum dan mengeleng kepalanya melihat majikannya yang serabut tapi maintain hensem tidak berubah. Untungnya orang muka dah hensem ni.

“eh niza, asal dengan bos kesayangan kau tu? Serabut lain macam je, gaduh dengan girlfriend ke?” soal hana. Hana adalah penolong akaun di bahagian pejabat ni, disebabkan pejabat hanya dua tingkat jadi hana pun diletakkan dibahagian yang sama dengan niza.

“mana la aku tahu, tapi rasanya sebab hal syarikat la. Bos kita tu setahu aku mana ada awek, sepanjang aku jadi P.A dia tak pernah pula aku nampak dia ada cerita tentang awek.” Jawab niza. Memang betul pun, bosnya itu walaupun pun hensem tapi tak ada awek itu yang dia tidak mengerti takkan bosnya itu Gay pulak kan?tak minat pada perempuan. Ish mintak simpanglah.

“yelah, eh apa kata kau je yang jadi awek bos tu, dua-dua bujang kau pun lawa apa?” usik hana. Dia tahu niza pun ada hati pada bosnya tu, Cuma masih malu-malu nak mengaku.

“ish kau ni merepek tak sudahlah hana, dah pergi buat kerja kau tu. Jangan sibuk menyendeng kat meja aku ni. banyak lagi kerja aku nak kena buat ni, kau tak da kerja ke?” soal niza, muka sudah membahang merah menahan malu sebab kena usik dengan teman kerjanya yang seorang ini.

“alah muka merah dah, suka cakap suka tak suka cakap tak suka. Itu pun susah, malu tapi mahu. Okaylah mak cik aku nak pergi buat kerja lah ni, usik sikit je dah malu.” Giat hana lagi, tak sudah mengusik temannya tu. Niza meneruskan kerjanya walaupun ketika itu jantungnya bagai nak luruh, macam mana lah si hana ni dapat tahu isi hati aku, lama aku simpan tak nak bagi kantoi. Akhirnya kantoi jugak, rindu pulak pada adik bongsunya yang comel tu, Mya nurkaseh keletah adiknya memang tak boleh kering gusi sentiasa mengusik bila semua adik beradik yang seramai empat orang ini berkumpul, boleh riuh satu taman villa kaseh. Dia teringat ketika adiknya mengusik semasa mereka tidur bersama.

“ angah, bila angah nak tamat zaman bujang? Angah kena sedar, yang angah tu dah tua 25 tahun dah pun. Tak nak kahwin ke?” soal simulut murai.

“ amboi soalan macam orang dewasa je, ni soalan akan keluar dalam SPM nanti ke adik manis?” soal niza. Atau nama sebenarnya kaseh nurniza.

“ala angah ni, soalan ni bukan sebarang soalan tau calang-calang orang je boleh jawab. Cepatlah ngah jawab” gesa mya.

“ Mya Nurkaseh, awak nak kena dengan angah ye? Tanyalah soalan lain dik, angah ni calon pun tak ada lagi nak kahwin apanya.” Mya hanya sengih menunjukkan gigi putihnya.

“ hah kan senang cakap tak da calon, mai sini orang nak bagi calon. Angah nak? Tengok along umur dia 24 dah kahwin anak dah 2 orang, angah ni umo 25 anak langsung la tak ada, acik pun dah ada awek tau. Angah ni jual mahai kot?sebab tu tak ada orang yang nak kat angah.” Mya mula membebel sampaikan tidak perasan yang kakaknya seorang itu sudah tertidur mendengar bebelannya.

Bila teringat balik pada malam itu, memang sangat kelakar. Adiknya yang berumur 17tahun bagi nasihat dekat dia yang berumur 25 tahun. Adik-adik. Tergeleng-geleng kepala niza. Apalah yang tengah buat budak kecik tu ye sekarang ni.